Ahad.

.‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

*RENUNGAN PAGI*
*23 Zulkaedah 1442 H*
Ahad 04/07/2021

‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga dan para sahabat serta para pengikut sahabat sekalian.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada orang bertanya kpd Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu di hari kiamat ” Jawab Rasulullah:

“Wahai Abu Hurairah, belum ada orang bertanya perkara ini kpd ku sebelum ini.Mungkin barangkali kerana saya lihat engkau sangat rakus mendapatkan hadis.Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku hari kiamat, ialah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah, benar2 ikhlas dari hati sanubari dan seluruh jiwanya.”
-HR-Abu Daud.

**Amalkan Zikrullah setiap hari**
Istighfar 100x
Selawat 100x
Subhanallah hi wabiham dih.. Azim 100x

**Terus istiqamah**

Ikhlas daripada D’JJ.

Leave a Comment